Hello PODAC2022

"Pemerkasaan Komuniti Melalui Pembudayaan Data Terbuka"

Ke arah inovasi pintar dengan memanfaatkan penggunaan data terbuka dan teknologi terkini untuk mencipta produk yang dapat menyelesaikan masalah serta memberi faedah dan impak yang signifikan kepada kerajaan dan rakyat.

Penyertaan bermula 01 Januari 2022 sehingga 24 Ogos 2022.

Syarat Penyertaan

Syarat Penyertaan Penang Open Data Apps Challenge (PODAC) 2022

Kategori 1: Sektor Awam

Kategori 2: Orang Awam/Industri/Pelajar IPT

Penyertaan adalah percuma.

Terbuka kepada semua warganegara Malaysia.

Penyertaan adalah berkumpulan. Penglibatan ahli kumpulan sekurang-kurangnya dua (2) orang dan maksima empat (4) orang sahaja.

Peserta daripada sektor awam hendaklah mendaftar menggunakan nama jabatan.

Peserta hanya boleh menyertai satu (1) kumpulan sahaja dan setiap kumpulan hanya boleh mewakili satu (1) kategori sahaja

Syarat Penghasilan Projek

  • Membangunkan aplikasi berdasarkan tema “Pemerkasaan Komuniti Melalui Pembudayaan Data Terbuka”.
  • Penggunaan set data terbuka daripada Portal Data Terbuka Malaysia bagi pembangunan aplikasi adalah MANDATORI.
  • Set data dari sumber lain adalah dibenarkan.
  • Penggunaan set data negeri Pulau Pinang amatlah digalakkan.
  • Aplikasi hendaklah asli dan tidak terikat dengan mana-mana Harta Intelek (Intellectual Property).
  • Penghasilan aplikasi perlu dibuat dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.
  • Kerajaan Negeri mempunyai hak eksklusif atas semua idea ataupun produk yang dihasilkan.

Penyerahan Projek

  • Dihantar secara atas talian melalui Portal PODAC bermula daripada 15 Julai 2022 sehingga 17 Ogos 2022.
  • Projek hendaklah selari dengan tema yang telah ditetapkan.
  • Serahan projek perlu disediakan dalam format *.zip/*.rar yang merangkumi:
  • Slide pembentangan mengikut format yang disediakan.
  • Set data yang digunakan (format *.csv/*.xlsx/ *.xls/*.json)

Sesi Penilaian Akhir

  • Penilaian akan dibuat berdasarkan serahan projek yang dihantar oleh setiap kumpulan.
  • Kumpulan yang disenarai pendek akan dipaparkan dalam portal PODAC dan dipanggil untuk sesi pembentangan projek.
  • Sesi Penilaian Akhir akan dijalankan pada 30 Ogos 2022.
  • Kumpulan yang terpilih ke Sesi Penilaian Akhir perlu membuat pembentangan secara Video Conferencing. (Jadual Pembentangan akan dimaklumkan kemudian).
  • Tempoh pembentangan adalah selama 30 minit.
  • Keputusan penilaian akhir panel juri adalah 30 minit.

Kriteria Penilaian

BERFUNGSI

Aplikasi dapat berfungsi dengan baik dan memenuhi spesifikasi mandatori.

KANDUNGAN

Penggunaan set data yang relevan dan berkualiti serta dipersembahkan dengan menarik.

KREATIF

Daya kreativiti dalam penggunaan set data, fungsi aplikasi, paparan aplikasi dan penggunaan ciri-ciri pintar.

IMPAK

Memberi impak kepada pengguna aplikasi.

Hadiah Pertandingan

Sektor Awam

  • Tempat Pertama : RM5000.00 + trofi + sijil penyertaan

  • Tempat Kedua : RM3000.00 + sijil penyertaan
  • Tempat Ketiga : RM1000.00 + sijil penyertaan
  • Tempat Keempat : RM500.00 + sijil penyertaan
  • Tempat Kelima : RM500.00 + sijil penyertaan

Hubungi Kami

Pejabat:

Bahagian Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Negeri

Pejabat Setiausaha Kerajaan Pulau Pinang

Tingkat 24, KOMTAR

10000 Pulau Pinang

Emel:

podac@penang.gov.my

Telefon:

04-6505883/ 04-6505797/ 04-6505470/ 04-6505798/ 04-6505646